PILIHAN : jadi diri sendiri, atau palsu?




selalu kita dengar kata-kata ni, "jangan jadi hipokrit, jadilah diri sendiri" tetapi tak semua orang boleh terima diri kita, kadang kala ada yang memuji, kadang kala ada yang mengeji. fitrah manusia, tak pernah puas dengan apa yang mereka lihat, dia ini begitu, dia itu begini. bla bla bla dan bla... banyak mulut-mulut yang bersuara dibelakang, disebalik senyuman manis dihadapan. terlalu banyak lakonan. kadang kala aku hairan dengan manusia begini. ada... mesti ada. diantara seribu rakan-rakan kita. ada satu yang begini. belum dikira dengan manusia yang tak pernah mengenali kita, tetapi menghakimi seperti dia kenal kita 20 tahun lama nya.


setiap orang punya hak memilih siapa diri dia. seorang yang pendiam , seorang yang pemalu, seorang yang peramah. mahupun seorang yang annoying (ini xboleh pakai). bagi aku FAKE itu kadang kala perlu, tapi bertempat. mungkin kita perlu jadi fake, untuk bahagiakan orang lain, mungkin. tetapi sebelum menjadi palsu, tanya pada diri sendiri, sejauh mana aku mampu? ikhlaskah aku membahagiakan mereka? sanggupkah aku terseksa kerana mahu melihat mereka bahagia? ikhlaskah?


baik, aku cuba meletak diri aku pada situasi ini. aku pernah jadi seorang yang pendiam, aku pernah menjadi seorang yang pemalu, aku pernah menjadi orang yang peramah. dan aku pernah menjadi orang yang nakal! kenapa terlalu banyak? kecelaruan identiti kah? no. bukan macam tu, tapi dari satu fasa yang pendiam dan pemalu aku cuba berubah. dan hasil nya diri aku  


situasi 1: aku kembali mengupas memori yang aku tinggalkan, 3, 4 tahun lepas. siapa aku dahulu? diri aku sendiri atau hanya palsu? di rumah, sesiapa pun susah nak dengar aku bersuara. aku dikatakan pendiam, adik beradik, mahupun sedara mara. "ima ni pendiam betol, xmacam kakak dia"aku hanya tersenyum. tidak mengangguk, tidak menggeleng. itu kah diri aku sebenar? TIDAK. di sekolah? aku pelajar yang nakal, banyak cakap, mengorat cikgu itu aku, mengusik cikgu itu aku, melawan cikgu juga itu aku. kenapa aku berbeza? kerana ada banyak sb mengapa aku begitu. kerana di rumah aku di bayangi kakak sendiri, dia bagus itu, dia bagus ini, aku? aku tidak bagus itu, aku tidak bagus ini.aku memendam rasa,sb aku nak kakak aku bahagia.  

tapi lama kelamaan, aku seksa. sakit memendam rasa. jiwa memberontak. soalan aku. jadi baguskah dan rela kah kita menjadi palsu selama nya? 


situasi 2 : bila aku masuk dunia universiti. dalam diri aku tiada kepercayaan. bagi aku manusia ini palsu. bagi aku, aku boleh sendiri. aku rindu zaman sekolah aku, rakan -rakan yang aku kenal sejak darjah satu lagi, aku rindu wajah itu. jadi aku tak perlu wajah-wajah baru. fasa ini baru aku kenal, manusia yang tidak senang dengan apa yang kita lakukan. aku dengan sikap aku yang menyendiri. pergi makan sorang-sorang, pergi kelas sorang-sorang. sebab aku tak percaya kan sesiapa. aku lebih rela sendiri dari punya kawan y indah hanya pada zahir,tapi bukan di hati.ahh,mungkin aku terlalu prejudis waktu itu. 

suatu hari, ada seorang lelaki yang menegur, sungguh dia berani. duduk ditepi aku dan berkata "kenapa jadi macam ni? kita bukan hidup sorang-sorang. cuba pandang sekeliling. tak semua orang seperti yang kita fikir. masih ada yang benar-benar ikhlas".dan hati aku berkata. aku harus berubah.


situasi 3 : aku cuba berubah, dah berani tegor orang. dah berani senyum, dah berani pandang mata orang. walau kadang-kadang ada wajah yang terkejut. why? dan bila aku bersuara, ramai yang bagi respon. "ima, aku ingat kau sombong, rupa nya kau kelakar lah" . aku? aku gembira dengan perubahan positif itu. melihat gelak ketawa mereka, yang buat aku turut sama bahagia. aku dah tak membezakan. lelaki dan perempuan bagi aku sama. bukan seperti dulu, aku y trauma dengan sikap-sikap perempuan. Alhamdulillah betol kata-kata itu, di sini masih ada yang benar-benar ikhlas.tetapi ada juga yang mengeji.


"amboi kau banyak scandal" 

"alah dia tu, semua lelaki dia nak"

bila ada yang menyampaikan ini dan ini. aku tak tahu, aku harus tersenyum atau aku harus menangis? dan betol lah, tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan. dan memang wujud mereka yang palsu, tetapi aku bersyukur kerana masih berjumpa mereka yang ikhlas.


situasi 4 : bila ada y berkata begitu, aku cuba berubah lagi, aku cuba puaskan hati mereka itu. aku tak lagi berkawan dengan lelaki-lelaki. kerana aku sedih bila ada yang mengata. mungkin betol kata mereka, aku harus berkawan dgn perempuan sahaja! aku jalan tunduk memandang tanah setiap kali pergi kelas, tidak mahu lagi memandang wajah-wajah lelaki y pernah bergelar sahabat.aku biarkan pangilan-panggilan itu.tetapi ada situasi yang buat aku rasa mahu ketawa.


"ek eleh sombong betol, bajet betol dia ni" perghhhh kasar nya bahasa, aku sabar dan aku berlalu seperti aku tak dengar kata- kata itu. 

"nama siapa? napa jalan tunduk je?" kadang-kadang, "hai" dan aku terus menundukkan pandangan. terus adam itu menunduk juga, memandang wajah aku. bersungguh! tahu tak aku mahu menjaga pandangan mata  =-=' 


situasi 5 : aku muhasabah diri. kita tak dapat nak puaskan hati semua orang bukan? aku bertanya , kenapa perlu aku jadi begini dan begitu untuk mereka yang tidak ikhlas menerima diri kita?  sampai diri sendiri jadi tak menentu. jadi aku cuba mengumpul yang positif, dan membuang yang negatif. hidup sendiri itu bagus, tetapi aku tak berpeluang berjumpa dengan mereka yang ikhlas. jadi aku akan rugi. aku kekalkan diri aku yang sekarang, sebab aku bahagia aku begini. melihat gelak ketawa rakan, melihat senyuman keluarga, melihat senyuman orang y aku sayang, dan akhir nya aku pun turut sama tersenyum. dan syukur aku rasa bahagia ;) 


jadi pilihan kita? diri sendiri atau palsu. orang yang benar-benar ikhlas akan menerima siapaun kita, pendiam, pemalu, peramah atau apa sahaja selagi ia nya tidak mendatangkan keburukan.  mengambil dari sudut positif ,palsu itu perlu jika kita dalam langkah berubah kearah yang lebih baik. insya Allah. niat itu segala nya ;)

Post a Comment

19 Comments

  1. betul2!...
    sy pun pernah jadi pendiam, pemalu n tetibe jadi peramah...nak cuba semua!

    ReplyDelete
  2. fake mmg perlu . eh rasanya x sesuai la guna fake. kita guna professional. ye la saya nie agak gegeh dan gedik sikit , tapi bila berhadapan dgn lecturer or ustaz ustazah takkan nak tunjuk gedik tu nty orang pun meluat . so jadi la baik sikit .muahahaha..

    ReplyDelete
  3. Jadi diri sendiri ja...tak perlu nak dengar ckp orang...sampai hembusan nafas terakhir pun belum tentu kita dapat puaskan hati semua orang...Melalui pengalaman yang sam...hehehe(^_^)

    ReplyDelete
  4. alamak, panjangnye nak baca.. heee. but anyway, be yourself opkos. :)

    ReplyDelete
  5. @CikMai kalo dgn org y lebih tua, itu respect nama nya ;) profesional itu perlu jgk ..hehe.

    ReplyDelete
  6. Kadang kadang kita tak mampu nak penuhi apa yang orang nak kita jadi. Semua salah bagi pandangan mereka. Kan? :)

    ReplyDelete
  7. pilihan terbaik adalah dengan menjadi diri sendiri . buat ape nak hipokrit ? kan ?


    setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 , so jadi je la diri sendiri . saling melengkapi antara satu dengan yang lain .

    ReplyDelete
  8. Papepun,sapepun orang nak fikir,prefer jadi diri sendiri walaupun kekadang teringin jadi diri tak sendiri,sebab tak semua suka apa yang kita ikhlas o tak ikhlas buat.. :D

    ReplyDelete
  9. @Ardini Izzati yup itu lah manusia. mana pernah puas! "sila ubah itu ini, utk bagi saya bahagia" ;p

    ReplyDelete
  10. @Miss Butterfly a ah, gembira kat muka je, hati luka berdarah. huhu.

    yup, melengkapi ;)

    ReplyDelete
  11. @Inz Indah a ah, kdg2 kita rasa kita dah buat y terbaik pon org xsuka jgk >_< huhu..

    ReplyDelete